BAHAN-BAHAN
2 bungkus mee kuning ( lebih sedap jika mee keluaran orang islam kerana kurang rasa kapurnya)
2 liter air (boleh ditambah jika suka)
200 g keropok keping
1 labu bawang besar(mayang & cincang)
3 ulas bawang putih(ketuk & cincang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 biji telur (boleh ditambah ikut berapa orang yg makan)
1 biji cili merah (dimayang)
sawi @ taugeh (ikut keperluan)
garam,gula dan perasa
CARA-CARA
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih hingga garing,masukkan bawang merah tumis hingga wangi dan masukkan air masak hingga mendidih kemudian masukkan keropok keping,sawi,taugeh dan lada hitam.Selepas itu masukkan garam,gula dan perasa sesedap rasa.Telur dimasukkan sebiji-sebiji jangan sampai pecah,masak anggaran kuning telurnya separuh masak seperti telur mata kerbau.Tutup api.
CARA HIDANG
Letakkan mee ke dalam mangkuk.Ambil telur letak di atas mee kemudian curah kuah di atasnya.SEDAP DIMAKAN UTK SARAPAN PAGI,TENGAHARI @ MALAM.
Friday, 17 June 2011
Thursday, 2 June 2011
SAYUR JAMBU GOLOK (BUAH GAJUS)
BAHAN-
5 biji buah gajus [ dibelah 6 direndam di dalam air garam selama 2 minit ]
1 ekor ikan panggang [ ditumbuk ]
1/2 kilo sotong [ dihiris kasar ]
300 g santan
6 ulas bawang merah [ditumbuk]
3 biji cili merah [dibelah 2 dipotong 4]
garam,gula dan serbuk perasa sesedap rasa
CARA-CARA
Buah gajus diramas untuk buang airnya dan dibasuh lalu ditoskan.Letakkan dlm periuk bersama-sama ikan panggang,sotong,bawang merah,cili merah,santan,garam gula dan sedikit perasa secukup rasa.Masak di atas api yang sederhana hingga sotong masak.Boleh dihidangkan dan dimakan dengan nasi putih.

Subscribe to:
Posts (Atom)