Kat luar hujan mencurah-curah duk fikir nak masak apa hari ini??....Dalam peti ade sotong dgn petai...jom masak..
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo sotong sederhana besar ( kalau sotong jarum rasenya kurang sedap )
5 keping petai ( buang kulit ambil mata petai saje basuh{kalau petai banyak lagi sedap )
3 sudu kecil cili serbuk
10 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
3 ulas bawang putih (tumbuk halus )
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 keping asam keping yang bersaiz kecil
1 labu bawang besar ( potong bulat )
1 biji cili merah ( dimayang serong )
CARA BUAT
Sotong dibuang tulang,hempedu,kepala dicabut dan badannya dihiris bulat-bulat lalu dibersihkan dan disejat.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak.Masukkan cili serbuk dan kunyit serbuk kacau hingga pecah minyak.masukkan gula kacau lagi lepas tu masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.Masukkan sotong dan asam keping,gula,garam dan serbuk perasa.Masak hingga anggaran air sederhana kering,masukkan petai,bawang besar dan cili merah biarkan seketika anggaran 1 minit tutup api dan cedukkan sotong tadi ke dalam bekas .Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA...
Ummi Homestay Kemaman
Sunday, 4 December 2011
Wednesday, 16 November 2011
IKAN KERISI GARAMAN GORENG
Musim-musim hujan sedap juga kalau kita ubah selera menggoreng ikan ni dah rase cemuh dah asyik-asyik duk makan ikan goreng berempah je try ikan kerisi garaman goreng plk...
CARANYA ;-
2 ekor ikan kerisi sederhana besar dibelah belakang dan di buang perut lalu dibersihkan.Ambik 2 sudu besar garam larutkan dalam bekas yg berisi air.Letakkan ikan tadi dalam air garam tu lepas tu perapkan satu malam.simpan dalam petisejuk dibahagian bawah bukan bahagian sejukbeku.Esok bolehlah digoreng ikan tu makan bersama nasi putih kalau ada sambal belacan lagi sedap...
* garam ikut citarasa bagi yg suka masin lebihkan garam dan sebaliknya.Kalau boleh semasa menggoreng jgnlah sampai garing,agak2 nampak lembap dalam isi ikan tu dipanggil mambal ( bahasa terengganu )*
* ikan tu tidak perlu dibasuh lagi kalau hendak digoreng*

Saturday, 6 August 2011
KETUPAT SOTONG
Mudah tp sedap...
BAHAN-BAHAN
10 ekor sotong (anggaran 6 inci panjang )
2 kotak santan ayam brand kecil @ 1 kotak besar santan ayam brand
1 1/2 cawan beras pulut ( sukat dengan cawan dadih dibersihkan dan toskan )
3 gelas air
1 cubit halba
1/2 inci halia ( hiris dan mayang memanjang )
3 ulas bawang merah ( dihiris )
garam & perasa sesedap rasa
2 batang serai (diketuk ) jika suka tapi saya tak suka letak serai
beberapa batang lidi ( potong 2 inci panjang dan ditajamkan )
CARA-CARA
Cabutkan kepala sotong buangkan hempedunya jangan sampai pecah.Bersihkan sotong dan toskan.Ketepikan. Beras pulut tadi digaul bersama sedikit santan, halia,halba,bawang merah dan secubit garam. Sumbatkan isi beras pulut tadi kedalam perut sotong anggaran separuh dari saiz sotong dan sumbatkan kembali kepala sotong (utk lekatkan kepala sotong cucuk dengan lidi yang telah ditajamkan tadi secara melintang ).Habiskan proses ni hingga kesemua sotong disumbat.
Letakkan kesemua sotong sumbat tadi ke dalam periuk. Masukkan lebihan santan, lebihan pulut,garam dan perasa sesedap rasa. Masukkan serai jika suka.Masak di atas api yang sederhana. Sesekali kacau supaya santan tidak berketul. Masaklah hingga pulut tadi benar-benar masak.
SEDAP DIJADIKAN JUADAH BERBUKA PUASA...
* pastikan beras pulut tidak disumbat penuh ke dalam sotong untuk mengelakkan pulut menjadi mentah *

Tuesday, 12 July 2011
PACERI NENAS
BAHAN-BAHAN
1 biji nenas sederhana besar ( NENAS DIHIRIS BULAT-BULAT )
1/2 biji kelapa (ambil santan )
2 sudu besar cili serbuk
6 ulas bawang merah { TUMBUK}
3 ulas bawang putih { TUMBUK }
1 bungkus rempah gulai cap bunga ros
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
garam,gula dan perasa adabi
CARA MASAK
Panaskan sedikit minyak,tumis kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang hingga bangkit baunya.Masukkan bawang merah dan bawang putih tumis hingga garing.masukkan cili serbuk dan gula kacau sebati.lepastu masukkan rempah gulai tumis sekejap .Masukkan air dan nenas biar seketika.Air anggaran separas nenas.Lepastu masukkan santan,kerisik,garam dan perasa masak hingga kuah sederhana pekat dan naik minyak.Angkat hidangkan...
SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI PUTIH DAN IKAN KERING GORENG...CUBELAH

Friday, 8 July 2011
SAYUR KUNING NANGKA PUTIK
BAHAN-BAHAN
2 bungkus nangka putik{DIREBUS EMPOK DAN DITOSKAN}
1/2 biji kelapa{AMBIK SANTANYE} @ {1 KOTAK KECIL SANTAN AYAM BRAND}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK}
1 sudu kecil lada hitam {DITUMBUK KASAR}
1 sudu kecil kunyit debu
garam dan perasa adabi
jika suka sedikit gula
CARA-CARANYA
Masukkan nangka yang direbus tadi dalam periuk bersama santan,bawang merah,lada hitam,kunyit debu,garam dan perasa sesedap rasa.Masakkan di atas api yang sederhana,kacau jangan sampai pecah minyak.Kalau pecah minyak rasanya kurang sedap.Bila masak angkat dan hidang bersama sambal belacan dan ikan kering goreng.

2 bungkus nangka putik{DIREBUS EMPUK DAN DITOSKAN}
1/2 biji kelapa{AMBIL SANTAN}@{1 KOTAK KECIL SANTAN AYAM BRAND}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK]
1 sudu lada hitam{DITUMBUK KASAR}
1 sudu kecil kunyit debu adabi
garam dan serbuk perasa adabi
jika suka sedikit gula
CARA-CARA
Masukkan nangka yg direbus tadi kedalam periuk bersama santan,bawang merah,lada hitam,kunyit debu,garam dan serbuk perasa sesedap rasa.mudah je.....

SAMBAL BILIS PETAI
BAHAN-BAHANNYA
250 g ikan bilis halus {GORENG GARING}
5 keping petai{BUANG KULIT}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK}
3 ulas bawang putih{DITUMBUK}
3 sudu kecil cili serbuk
1 keping asam gelugur
1 labu bawang besar{DIHIRIS BULAT}
2 biji cili merah{DIHIRIS MEMANJANG}
gula,garam dan perasa adabi secukupnya
CARA-CARANYA
Ikan bilis yang telah digoreng tadi ditoskan.Ambil minyak lebihan menggoreng bilis anggaran secukupnya.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing kemudian masukkan cili serbuk dan gula tumis biar garing.Masukkan bilis goreng,asam gelugur,bawang besar,cili merah,garam dan perasa sesedap rasa.Masukkan petai jangan sampai layu petai tu tak sedap.Kacau angkat hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi putih walaupun tiada lauk-pauk yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)