Sunday, 29 May 2011

NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras [ dibasuh dan ditoskan ]
1/2 cawan susu cair
4 biji buah tomato masak [ cincang ]
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin
5 sudu besar minyak masak
garam
Air 6 cawan
Daun sup atau daun pandan

BAHAN TUMIS

3 ulas bawang putih [ hiris ]
5 ulas bawang merah [ hiris ]
1 inci halia [ hiris ]
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

CARA-CARA

Panaskan minyak tumiskan buah pelaga,bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan bawang putih,bawang merah dan halia tumis hingga masak.Masukkan susu cair,tomato cincang,garam dan air biarkan mendidih.Selepas itu masukkan beras dan daun pandan @ daun sup.Tanak nasi hingga masak.

Bila masak hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng.Sedap dimakan bersama daging masak merah berkicap lada hitam.

No comments:

Post a Comment