Kat luar hujan mencurah-curah duk fikir nak masak apa hari ini??....Dalam peti ade sotong dgn petai...jom masak..
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo sotong sederhana besar ( kalau sotong jarum rasenya kurang sedap )
5 keping petai ( buang kulit ambil mata petai saje basuh{kalau petai banyak lagi sedap )
3 sudu kecil cili serbuk
10 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
3 ulas bawang putih (tumbuk halus )
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 keping asam keping yang bersaiz kecil
1 labu bawang besar ( potong bulat )
1 biji cili merah ( dimayang serong )
CARA BUAT
Sotong dibuang tulang,hempedu,kepala dicabut dan badannya dihiris bulat-bulat lalu dibersihkan dan disejat.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak.Masukkan cili serbuk dan kunyit serbuk kacau hingga pecah minyak.masukkan gula kacau lagi lepas tu masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.Masukkan sotong dan asam keping,gula,garam dan serbuk perasa.Masak hingga anggaran air sederhana kering,masukkan petai,bawang besar dan cili merah biarkan seketika anggaran 1 minit tutup api dan cedukkan sotong tadi ke dalam bekas .Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA...
Sunday, 4 December 2011
Wednesday, 16 November 2011
IKAN KERISI GARAMAN GORENG
Musim-musim hujan sedap juga kalau kita ubah selera menggoreng ikan ni dah rase cemuh dah asyik-asyik duk makan ikan goreng berempah je try ikan kerisi garaman goreng plk...
CARANYA ;-
2 ekor ikan kerisi sederhana besar dibelah belakang dan di buang perut lalu dibersihkan.Ambik 2 sudu besar garam larutkan dalam bekas yg berisi air.Letakkan ikan tadi dalam air garam tu lepas tu perapkan satu malam.simpan dalam petisejuk dibahagian bawah bukan bahagian sejukbeku.Esok bolehlah digoreng ikan tu makan bersama nasi putih kalau ada sambal belacan lagi sedap...
* garam ikut citarasa bagi yg suka masin lebihkan garam dan sebaliknya.Kalau boleh semasa menggoreng jgnlah sampai garing,agak2 nampak lembap dalam isi ikan tu dipanggil mambal ( bahasa terengganu )*
* ikan tu tidak perlu dibasuh lagi kalau hendak digoreng*

Saturday, 6 August 2011
KETUPAT SOTONG
Mudah tp sedap...
BAHAN-BAHAN
10 ekor sotong (anggaran 6 inci panjang )
2 kotak santan ayam brand kecil @ 1 kotak besar santan ayam brand
1 1/2 cawan beras pulut ( sukat dengan cawan dadih dibersihkan dan toskan )
3 gelas air
1 cubit halba
1/2 inci halia ( hiris dan mayang memanjang )
3 ulas bawang merah ( dihiris )
garam & perasa sesedap rasa
2 batang serai (diketuk ) jika suka tapi saya tak suka letak serai
beberapa batang lidi ( potong 2 inci panjang dan ditajamkan )
CARA-CARA
Cabutkan kepala sotong buangkan hempedunya jangan sampai pecah.Bersihkan sotong dan toskan.Ketepikan. Beras pulut tadi digaul bersama sedikit santan, halia,halba,bawang merah dan secubit garam. Sumbatkan isi beras pulut tadi kedalam perut sotong anggaran separuh dari saiz sotong dan sumbatkan kembali kepala sotong (utk lekatkan kepala sotong cucuk dengan lidi yang telah ditajamkan tadi secara melintang ).Habiskan proses ni hingga kesemua sotong disumbat.
Letakkan kesemua sotong sumbat tadi ke dalam periuk. Masukkan lebihan santan, lebihan pulut,garam dan perasa sesedap rasa. Masukkan serai jika suka.Masak di atas api yang sederhana. Sesekali kacau supaya santan tidak berketul. Masaklah hingga pulut tadi benar-benar masak.
SEDAP DIJADIKAN JUADAH BERBUKA PUASA...
* pastikan beras pulut tidak disumbat penuh ke dalam sotong untuk mengelakkan pulut menjadi mentah *

Tuesday, 12 July 2011
PACERI NENAS
BAHAN-BAHAN
1 biji nenas sederhana besar ( NENAS DIHIRIS BULAT-BULAT )
1/2 biji kelapa (ambil santan )
2 sudu besar cili serbuk
6 ulas bawang merah { TUMBUK}
3 ulas bawang putih { TUMBUK }
1 bungkus rempah gulai cap bunga ros
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
garam,gula dan perasa adabi
CARA MASAK
Panaskan sedikit minyak,tumis kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang hingga bangkit baunya.Masukkan bawang merah dan bawang putih tumis hingga garing.masukkan cili serbuk dan gula kacau sebati.lepastu masukkan rempah gulai tumis sekejap .Masukkan air dan nenas biar seketika.Air anggaran separas nenas.Lepastu masukkan santan,kerisik,garam dan perasa masak hingga kuah sederhana pekat dan naik minyak.Angkat hidangkan...
SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI PUTIH DAN IKAN KERING GORENG...CUBELAH

Friday, 8 July 2011
SAYUR KUNING NANGKA PUTIK
BAHAN-BAHAN
2 bungkus nangka putik{DIREBUS EMPOK DAN DITOSKAN}
1/2 biji kelapa{AMBIK SANTANYE} @ {1 KOTAK KECIL SANTAN AYAM BRAND}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK}
1 sudu kecil lada hitam {DITUMBUK KASAR}
1 sudu kecil kunyit debu
garam dan perasa adabi
jika suka sedikit gula
CARA-CARANYA
Masukkan nangka yang direbus tadi dalam periuk bersama santan,bawang merah,lada hitam,kunyit debu,garam dan perasa sesedap rasa.Masakkan di atas api yang sederhana,kacau jangan sampai pecah minyak.Kalau pecah minyak rasanya kurang sedap.Bila masak angkat dan hidang bersama sambal belacan dan ikan kering goreng.

2 bungkus nangka putik{DIREBUS EMPUK DAN DITOSKAN}
1/2 biji kelapa{AMBIL SANTAN}@{1 KOTAK KECIL SANTAN AYAM BRAND}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK]
1 sudu lada hitam{DITUMBUK KASAR}
1 sudu kecil kunyit debu adabi
garam dan serbuk perasa adabi
jika suka sedikit gula
CARA-CARA
Masukkan nangka yg direbus tadi kedalam periuk bersama santan,bawang merah,lada hitam,kunyit debu,garam dan serbuk perasa sesedap rasa.mudah je.....

SAMBAL BILIS PETAI
BAHAN-BAHANNYA
250 g ikan bilis halus {GORENG GARING}
5 keping petai{BUANG KULIT}
6 ulas bawang merah{DITUMBUK}
3 ulas bawang putih{DITUMBUK}
3 sudu kecil cili serbuk
1 keping asam gelugur
1 labu bawang besar{DIHIRIS BULAT}
2 biji cili merah{DIHIRIS MEMANJANG}
gula,garam dan perasa adabi secukupnya
CARA-CARANYA
Ikan bilis yang telah digoreng tadi ditoskan.Ambil minyak lebihan menggoreng bilis anggaran secukupnya.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing kemudian masukkan cili serbuk dan gula tumis biar garing.Masukkan bilis goreng,asam gelugur,bawang besar,cili merah,garam dan perasa sesedap rasa.Masukkan petai jangan sampai layu petai tu tak sedap.Kacau angkat hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi putih walaupun tiada lauk-pauk yang lain.

Friday, 17 June 2011
MEE REBUS ( Tradisi orang pantai timur )
BAHAN-BAHAN
2 bungkus mee kuning ( lebih sedap jika mee keluaran orang islam kerana kurang rasa kapurnya)
2 liter air (boleh ditambah jika suka)
200 g keropok keping
1 labu bawang besar(mayang & cincang)
3 ulas bawang putih(ketuk & cincang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 biji telur (boleh ditambah ikut berapa orang yg makan)
1 biji cili merah (dimayang)
sawi @ taugeh (ikut keperluan)
garam,gula dan perasa
CARA-CARA
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih hingga garing,masukkan bawang merah tumis hingga wangi dan masukkan air masak hingga mendidih kemudian masukkan keropok keping,sawi,taugeh dan lada hitam.Selepas itu masukkan garam,gula dan perasa sesedap rasa.Telur dimasukkan sebiji-sebiji jangan sampai pecah,masak anggaran kuning telurnya separuh masak seperti telur mata kerbau.Tutup api.
CARA HIDANG
Letakkan mee ke dalam mangkuk.Ambil telur letak di atas mee kemudian curah kuah di atasnya.SEDAP DIMAKAN UTK SARAPAN PAGI,TENGAHARI @ MALAM.

Thursday, 2 June 2011
SAYUR JAMBU GOLOK (BUAH GAJUS)
BAHAN-
5 biji buah gajus [ dibelah 6 direndam di dalam air garam selama 2 minit ]
1 ekor ikan panggang [ ditumbuk ]
1/2 kilo sotong [ dihiris kasar ]
300 g santan
6 ulas bawang merah [ditumbuk]
3 biji cili merah [dibelah 2 dipotong 4]
garam,gula dan serbuk perasa sesedap rasa
CARA-CARA
Buah gajus diramas untuk buang airnya dan dibasuh lalu ditoskan.Letakkan dlm periuk bersama-sama ikan panggang,sotong,bawang merah,cili merah,santan,garam gula dan sedikit perasa secukup rasa.Masak di atas api yang sederhana hingga sotong masak.Boleh dihidangkan dan dimakan dengan nasi putih.

Sunday, 29 May 2011
DAGING MASAK MERAH BERKICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN
1 kilo daging [basuh dan toskan]
Air anggaran tenggelam daging
BAHAN TUMIS
6 ulas bawang merah [ditumbuk]
3 ulas bawang putih [ditumbuk]
1/4 inci halia [ditumbuk]
1/4 inci kunyit hidup [ditumbuk]
2 sudu besar cili serbuk
BAHAN LAIN
3 sudu sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar lada hitam [ditumbuk sederhana halus]
2 keping asam gelugur
garam,gula,& serbuk perasa sesedap rasa
HIASAN
1 labu bawang besar[mayang bulat]
2 biji cili merah[belah 2]
CARA2NYA
Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga masak dan naik bau.Masukkan cili serbuk tumis lagi masukkan gula kacau.Masukkan air,asam gelugur dan daging.Bila daging hampir masak masukkan sos tomato dan kicap pekat.Tambahkan garam,perasa dan lada hitam.Masukkan bawang besar yang dimayang bersama cili merah dibelah 2.Masak hingga kadar lembap air dan naik minyak.Hidangkan,sedap dimakan dengan nasi tomato @ nasi putih.

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN
5 cawan beras [ dibasuh dan ditoskan ]
1/2 cawan susu cair
4 biji buah tomato masak [ cincang ]
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin
5 sudu besar minyak masak
garam
Air 6 cawan
Daun sup atau daun pandan
BAHAN TUMIS
3 ulas bawang putih [ hiris ]
5 ulas bawang merah [ hiris ]
1 inci halia [ hiris ]
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
CARA-CARA
Panaskan minyak tumiskan buah pelaga,bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan bawang putih,bawang merah dan halia tumis hingga masak.Masukkan susu cair,tomato cincang,garam dan air biarkan mendidih.Selepas itu masukkan beras dan daun pandan @ daun sup.Tanak nasi hingga masak.
Bila masak hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng.Sedap dimakan bersama daging masak merah berkicap lada hitam.

Saturday, 28 May 2011
IKAN KEMBONG GOLEK
BAHAN-BAHAN
1 kilo ikan kembong
1/2 inci halia
sedikit garam
BAHAN TUMIS
6 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
4 sudu besar cili serbuk
semua bahan tumis diblend
1\2 biji kelapa (ambil santan)
1 keping asam gelugur
secubit belacan {dihancurkan dlm sedikit}
4 batang serai {diketuk}
garam,gula & serbuk perasa secukup rasa
CARA-CARA
Ikan dibersihkan & ditoskan.Tumbuk halia dgn sedikit garam lumurkn pd ikan dan dipanggang.Ketepikan.Bawang besar,bawang putih,kunyit hidup,cili merah yg diblender ditumis hingga naik bau.Masukkan cili serbuk,gula,air belacan dan asam gelugur tumis hingga naik minyak.Tambahkan santan,garam & perasa masak hingga kuah menjadi pekat.Masukkan cili merah yang dibelah 2.
Letakkan ikan yang dipanggang tadi ke dalam pinggan,tuangkan kuah di atas ikan yang dipanggang.

Tuesday, 10 May 2011
AYAM BAKAR BLACK PEPPER

1 ekor ayam( belah dua dikelar2 )
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 sudu mkn kicap pekat
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn lada hitam ( ditumbuk )
garam,gula & bahan perasa secukup rasa
CARA-CARA MEMBUATNYA;
Ayam dibelah dua dikelar-kelar supaya rempah mudah diserap.Bersihkan ayam dan disejat agar air basuhan tadi kering.Ketepikan.Bawang putih,halia & lada hitam ditumbuk.CAMPURKAN semua bahan ini dengan kicap pekat ,sos tiram,garam,gula & serbuk perasa.Gaul rempah dengan ayam.Perap selama 1/2 jam.
Lepas itu bolehlah dibakar di dalam oven atau BBQ
Sunday, 8 May 2011
PETUA
UNTUK BASUH IKAN
Basuh ikan dgn air garam lepas tu bilas 3 kali utk menghilangkn hanyir
UNTUK DAGING & AYAM
Basuh dengan air garam dibubuh sedikit gandum bilas 3 kali untuk hilangkn hamis & lambat basi
ASAM PEDAS IKAN MUDUK
BAHAN2NYE;
1 ekor ikan muduk (jenis ikan boleh ditukar ikut selera anda)
A.2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (warna merah)
3 sudu cili serbuk
2 inci kunyit hidup
[SEMUA BAHAN A DIATAS DIKISAR]
1batang serai (dititik)
1 manggkuk air asam jawa
1 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesom
2 biji buah tomato
garam,gula & serbuk perasa adabi secukup rasa
minyak masak utk menumis
AIR ANGGARAN TENGGELAM IKAN
CARANYE;
1. Panaskan minyak tumis bahan A
2. Pecah minyak msukkn serai,daun kesom,asam gelugur & ikan
3.masukkn air asam,garam,gula & serbuk perasa masak hingga mendidih
4.masukkn buah tomato yg dibelah empat jgn sampai masak.

Tuesday, 3 May 2011
SWEET AND SOUR IKAN KAKAP
BAHAN ;
1 ekor ikan kakap ( sederhana besar )
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji capsicum merah & hijau
2 biji tomato ( potong kiub )
2 biji lada hidup (potong serong )
1 potong nenas ( potong dadu )
2 sudu tepung jagung ( dilumur pada ikan )
BAHAN UTK SOS ;
5 sudu maggi tomato ketchup
3 sudu sos cili
2 sudu sos plum
1 sudu cuka
1 sudu gula
300 ml air
sedikit lada sulah
sedikit tepung jagung utk memekatkn kuah
CARA-CARA ;
1. Basuh ikan dengan air garam ( bilas & sejat ).Lepas tu lumur ikan dgn sedikit garam & tepung jagung
2. Panaskan minyak hingga betul2 panas.Masukkan ikan goreng hingga garing.Angkat ketepikan
3. Panaskan minyak & tumiskan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar sampai garing.Masukkan bahan-bahan sos hingga didih & masukkan capsicum,tomato,lada hidup dan nenas
4.Letakkan ikan yang digoreng atas pinggan,curahkan sos di atas ikan.Siap utk dihidang.

Saturday, 9 April 2011
KERABU MANGGA
BAHAN-BAHANNYE;-
2 biji mangge dihiris halus
1/2 cawan kacang tanah [ digoreng dan ditumbuk halus]
1 ulas bawang besar [dihiris]
10 tangkai cili padi [dihiris]
1 biji tomato [dipotong dadu]
3 batang kacang panjang [dimayang halus]
1 sudu kecil gula
garam,ajinomoto dan cuke secukup rase
CARENYE;-
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan GAULKAN siap untuk dihidangkan.

Monday, 4 April 2011
IKAN SINGGANG KEPALA IKAN AYE/TONGKOL
Slm.jom pekene singgang ikan,sambal belacan dan ulam petai dengan nasi bak kate org-org tue tok tue lalu pun x seddor.acutry test.
BAHAN-BAHANNYE ;
1 kilo ikan aye/tongkol [ ambil bahagian kepala dan ekor saje ]
2 ulas bawang merah [ dimayang ]
1 ulas bawang putih [ diketuk]
1/2 inci halia [dimayang nipis]
1/2 inci lengkuas [dimayang nipis]
1/2 inci kunyit hidup [dimayang nipis]
5 keping asam gelugur
5 biji cili padi
beberape biji lada hitam dan ketumbar
1 biji buah tomato [belah 4]
4 biji kacang bendi
garam dan ajino sesedap rasa
air anggaran tenggelam ikan
CARE ;
Potong ikan aye/tongkol ambil kepala dan ekor sje.Basuh ikan dengan air garam,lepas tu bilas dengan air bersih.Masukkan ikan tadi ke dalam periuk bersame bahan-bahan di atas lalu direbus hingge ikan masak.

Sunday, 3 April 2011
Ummi Homestay Kemaman
UMMI HOMESTAY KEMAMAN. DAILY RM68. LOCATION BINJAI KEMAMAN TERENGGANU. 2 ROOM ( 1.AIRCOND 2.FAN ) 1 STOR. COMPLETE WITH REFRIGERATOR,TELEVISION, RICE COOKER, TOASTER, KETTLE. GPS CORDINATE N 04' 14.381' E103'22.379 9 MINUTES FROM TOWN. FOR MORE INFO PLEASE DO NOT HESITATE TO CALL PUAN SARBANUN 017-9318007 |
Subscribe to:
Posts (Atom)